Assalamualaikum & Salam Sejahtera Alluser,
Apa khabar bisnes Alluser ? Okay ke okay?
Alluser nak tahu tak? Sekarang ramai saya perasan peniaga buat live tapi view tak ramai yang tengok. Nak tahu sebab apa? Sebab topik yang tak menarik dan kurang content yang disampaikan. Kadang-kadang apa yang kita cuba sampaikan tu tak sampai kepada audience kita dan buat orang tak rasa nak tengok pun Facebook Live kita.
Sebelum nak buat Live, kita kena tahu content apa yang kita nak sampaikan kepada audience kita. Jadi, bila kita dah dapat idea nak buat content apa mesti FB Live kita akan jadi menarik dan views pun akan banyak.
Haaa meh sini saya nak share beberapa topik yang menarik untuk buat FB Live.
Kita boleh kongsi pengalaman atau bercerita kepada audience kita mengenai produk apa yang kita jual. Contohnya kita menjual produk kecantikkan, kita boleh kongsi cara memakai produk tu dan beri hasil sebelum dan selepas memakai produk tu.
Selain tu, kita boleh juga menggunakan cara dengan membuat demo produk kita. Saya beri contoh jika kita menjual produk makanan, kita boleh berkongsi cara memasak makanan tersebut daripada awal hingga akhir. Selepas tu, kita tunjuk hasil apa yang kita dah buat kepada audience kita. Haa barulah audience kita boleh nampak result produk kan?
Kita juga boleh cerita kisah disebalik bisnes kita. Contohnya kita cerita apa yang berlaku sebelum wujudnya bisnes kita. Bagaimana kita struggle nak buat bisnes sehingga kita dapat apa yang kita capai sekarang. Haa dengan cara ni, kita boleh beri inspirasi kepada orang lain tentang bisnes.
|