Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah

Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai Al-Arqam - Mufti; GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' diramp...

Apa Bekas Pegawai Kerajaan Ini Buat? Jual Kuih Batang Buruk Saja Dapat Jana RM3.9 Juta

image

Salam alluser,

Hari ini, kami nak kongsikan dengan anda kisah Puan Nor Hedayah Kaulan yang dulunya seorang pegawai kerajaan dan kini merupakan usahawan kuih Batang Buruk yang berjaya.

Siapa kata jual kuih 'raya', tak boleh berjaya hingga capai jualan jutaan ringgit setahun?

Pengasas Syarikat Hedys International Sdn. Bhd., Nor Hedayah Kaulan membuktikan sebaliknya apabila berjaya membina empayar kuih batang buruk malah daripada stigma ia hanya dimakan ketika raya kepada kudapan harian.

Jelas bekas pegawai kerajaan itu lagi, beliau sama saja seperti orang lain malah tidak ada pun darah usahawan yang mana bapanya seorang buruh dan ibu seorang suri rumah.

Dalam keadaan keluarga yang tersepit dengan masalah ekonomi dan kewangan, terdetik di hatinya untuk berusaha mencari pendapatan sampingan dengan menjual barang-barang seperti pomade, tudung dan pelbagai produk lain.

"Saat paling sukar yang tak boleh saya lupakan ialah apabila saya pernah difitnah macam-macam semasa saya menjalankan perniagaan."

"Paling teruk apabila rakan seperjuangan juga hilang kepercayaan pada saya dan ramai ejen lari," katanya.

Kehidupan Nor Hedayah berubah selepas menyertai satu program motivasi perniagaan dan mula fokus mengeluarkan produknya sendiri iaitu kuih batang buruk.

Jelasnya, kuih batang buruk yang dihasilkannya adalah berasaskan resepi asli dari negeri Johor.

"Bukan mahu mendabik dada tetapi batang buruk buatan saya agak ranggup, rapuh, cair di mulut sampai tersemat ke hati. Itulah sebabnya saya menerima permintaan luar biasa daripada pelanggan," selorohnya.

Langit tak selalu cerah, di saat perniagaan mula menunjukkan hasil yang diimpikan, tiba-tiba semuanya berubah sekelip mata. Pandemik C0vid-19 yang melanda dunia membawa kesan buruk kepada perniagaan.

"Ketika PKP baru bermula, dua minggu pertama merupakan masa yang paling sukar bagi semua usahawan. Nak adapt dengan keadaan, sewa kedai, gaji pekerja semuanya terjejas."

"Saya buntu memikirkan nasib perniagaan kami dan saya juga sudah mula hilang arah. Hasil jualan kedai sudah tidak dapat menampung sepenuhnya komitmen bulanan yang harus ditanggung termasuklah kos gaji pekerja dan sewa kedai," katanya.

image

Bagaimana Hedys terus berkembang

Tindakan Nor Hedayah menyertai program-program RichWorks dan masuk ke kelas dikendalikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, akhirnya menjadi penyelamat kepada perniagaannya.

"Sistem sokongan yang disediakan oleh Dr. Azizan dan Richworks International sememangnya luar biasa. Selain berkongsi tips-tips perniagaan dan bagaimana untuk berjaya, circle Titan juga memainkan peranan yang sangat penting."

"Saya diberikan bimbingan daripada pelbagai aspek seperti cara menjadi pemimpin dalam organisasi, cara menguruskan perniagaan, selain dipupuk dengan sikap berpandangan jauh dan merancang perniagaan sekarang untuk 100 tahun akan datang," katanya lagi.

Hasilnya, pada 2020, Hedys mencatatkan perolehan RM2.6 juta dan jumlah itu terus meningkat pada 2021 dengan nilai jualan sudah mencecah RM3.9 juta!

"Saya sendiri tidak menyangka, dengan hanya menjual batang buruk sahaja, kami kini berjaya berpindah ke bangunan pejabat dua tingkat dan mampu memberikan wang kepada orang tua pada setiap bulan."

"Kami juga dapat membeli kereta idaman dan berjaya membeli rumah sendiri," ujarnya."

Tambahnya, kemahiran diri perlu dipertingkatkan dengan menuntut lebih banyak ilmu dan mencari 'guru' yang betul untuk membimbing ke arah kejayaan.

Dapat sesuatu tak daripada perkongsian ini? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Puan Hedayah meskipun bekerja beliau bersungguh melakukan bisnes dengan ada ilmu malah bimbingan mentor terbukti berjaya.

Sebab itu, jika anda ada keinginan untuk menambah baik lagi kehidupan malah bisnes kami juga nak jemput anda untuk jadi orang PERTAMA yang menerima tawaran eksklusif untuk program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang bakal diadakan secara LIVE dan klik link >> https://richworks.com/imkk

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Salam Kejayaan,
Team Richworks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular