Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun

Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN; Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak...

Tak Kira Apa Latarbelakang alluser, Kejayaan Boleh Dicapai Bila...

image

Salam alluser,

Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda ada darah 'usahawan' atau tidak, bukannya menjamin untuk mampu membina bisnes yang berjaya.

Kami nak kongsikan alluser kisah Pengasas Qalish Beauty Care, Aisyah Kamsani yang mana membesar sebagai budak flat.

Siapa sangka berkat usaha dan tak pernah kenal erti mengalah, kini sudah keluar daripada kepompongnya yang dahulu. Beliau dulu hanya membesar di Blok D, Flat Ahmad Razali, ayahnya pernah menjadi pengawal keselamatan di Hotel Flamingo, Ampang dan ibunya bekerja di Bursa Saham Malaysia sebagai kerani.

Pada masa sama, untuk menampung keluarga ayahnya berniaga pelbagai produk kesihatan dan menyertai perniagaan Multi Level Marketing (MLM).

Berniaga seawal usia 12 tahun

Seawal usia 12 tahun, anak sulung daripada lima beradik ini mula membantu orang tuanya berniaga di tepi jalan.

"Bukan itu sahaja, saya juga join expo, pernah jugak berniaga barang-barang mainan untuk tampung kami adik beradik," katanya.

Berjaya memiliki ijazah sarjana muda pada 2009, Aisyah membuka syarikat Enterprise, Riqueza Resources dan menyewa pejabat di Sri Rampai.

"Pengalaman berniaga jadi stokis-stokis produk-produk kecantikan dan ada pengalaman juga join MLM. Saya pernah kena hina, bagi flyers pun kena hina."

"Bukan tu je, bergaduh rebut tapak berniaga, kadang sebelum subuh dah gerak ke pasar tani Shah Alam sebab tempat hot untuk dapat tapak. Saya juga bawak anak sulung berniaga sekali, sebab tak ada orang nak jaga, susah sangat masa tu," jelasnya.

Lahirnya produk Qalish

Menurut Aisyah, pada mulanya beliau berniaga untuk membantu suami mencari pendapatan tambahan dan pada masa sama beliau mengalami masalah kulit muka yang agak teruk.

"Saya mula selidik produk penjagaan kulit untuk kulit muka saya. Lama-lama kulit saya semakin baik dan orang bertanya, mereka mahu produk yang saya guna."

"Mula-mula nak satu, ada nak 10, 100 dan semakin meningkat. Lama-lama semakin nak banyak. Alamak!" kongsi Aisyah bagaimana lahirnya Qalish.

Qalish merupakan produk penjagaan muka yang bebas bahan kimia terlarang untuk wajah yang sihat dan licin.

Produk paling laris keluaran Qalish adalah krim profix yang mengandungi vitamin untuk merawat masalah kulit muka yang berjerawat, parut dan kulit muka berlubang.

"Konsep jalan tar, jalan tar berlubang-lubang, jalan lekuk sana sini, jadi profix sejenis krim untuk meratakan. Sepenuhnya bahan semula jadi. Inilah best seller Qalish, dah lebih 400,000 unit terjual," katanya

Qalish lahirkan jutawan

Dalam masa sama, Aisyah memberitahu, kejayaan lebih membanggakan apabila Qalish sudah pun berjaya melahirkan lima jutawan daripada hampir 4,000 usahawan.

"Salah seorang jutawan Qalish adalah pelajar berusia 21 tahun yang sertai pada 2019, sudah capai jualan RM1 juta pertama tahun lalu," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, Aisyah memberitahu, Qalish pada 2022 menyasarkan dapat membantu 30,000 orang menjadi usahawan mereka dengan menjana pendapatan melalui Qalish.

Pada 2021, Qalish berjaya meraih jualan sebanyak RM2.6 juta selain memiliki kediaman, kenderaan dan pejabat baru.

'Rumah itu saya tak sangka, dari duduk rumah flat, kemudian ada beli kondominium dan ini pertama kali beli rumah landed.

"Daripada segi personal, kami dapat beli kereta Mustang awal Januari sempena hari ulang tahun saya di samping nak memberi inspirasi dan membakar semangat pasukan Qalish."

"Dulu pejabat satu tingkat sahaja, sempit di Seksyen 1 Wangsa Maju yang mana itulah tempat mesyuarat, itulah stor. Tahun lepas pada April, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami berpindah ke pejabat tiga tingkat yang ada lif dan lebih luas," jelasnya.

Banyak dah kita cerita mengenai liku-liku perjalan Aisyah dalam perniagaan, begitu juga dengan kejayaan yang dikecapinya.

Rahsia kejayaan

Apakah rahsia kejayaan Aisyah berjaya sehingga ke tahap ini?

Tegas Aisyah, usahawan perlu ada mentor seperti Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks yang sudah terbukti berjaya membimbing bangsa usahawan ke peringkat lebih tinggi meskipun sudah ada ijazah dalam perniagaan kerana teori dengan realiti semasa adalah berbeza.

Sementara itu, suaminya, Halmey Abd. Kadir berkongsi ilmu mengenai penjenamaan produk yang diperoleh menerusi program anjuran RichWorks.

"Penjenamaan sebenarnya terletak pada diri kita, kita kena jenamakan diri kita melalui kepimpinan.

"Ilmu kepimpinan yang kita belajar bersama RichWorks menambah baik tahap kepimpinan kita. Kepimpinan bila dah tambah baik, maka kita bawa jenama ke tahap yang lebih tinggi," jelasnya.

Tambah Aisyah, dengan bimbingan Dr Azizan dan RichWorks menambah keyakinan untuk melakukan sesuatu tindakan yang tepat.

"Sebelum ini, saya yakin tak yakin untuk pasarkan produk di radio dan televisyen. Kita rasa boleh tak ini, kita tak yakin.

"Bila belajar dengan RichWorks mengenai penting nilai diri, nilai syarikat dan jenama, baru kami yakin," ujarnya.

Macam mana, dapat sesuatu tak daripada perkongsian ini? Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Meskipun Puan Aisyah dan suami, Halmey Abd. Kadir membesar dari keluarga biasa-biasa, mereka mampu mengubah kehidupan menjadi luar biasa.

Sebab itu, jika anda ada keinginan untuk menambah baik lagi kehidupan malah bisnes kami juga nak jemput anda untuk jadi orang PERTAMA yang menerima tawaran eksklusif untuk program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang bakal diadakan secara LIVE dan klik link >> https://richworks.com/imkk

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Salam Kejayaan,
Team Richworks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular