Isu mata wang!
Nilai ringgit jatuh lagi! Bila pula nak naik ni?
Sempadan negara dah buka, tapi nak melancong pun tak best macam ni bila nilai Ringgit semakin jatuh.
Apabila nilai Ringgit jatuh ke paras rendah, atau menurun secara bertubi-tubi, tentulah ia mendatangkan kebimbangan kepada rakyat yang pastinya menerima kesan daripadanya.
Sebagai negara yang banyak mengimport sebahagian besar barang keperluannya, kesan kejatuhan nilai ringgit akan dirasakan oleh semua orang.
Ramai pihak sudah bercakap mengenai jangkaan akan berlaku hiperinflasi, iaitu inflasi keterlaluan di Malaysia, menjadikan Ringgit begitu kurang bernilai dan berada dalam keadaan lemah berbanding mata wang lain.
Anda risau? Anda bimbang?
Apa persediaan anda sebagai peniaga? Pemilik bisnes?
Berapa lama bisnes anda boleh bertahan dalam keadaan sekarang?