Salam Usahawan,
Selamat berhujung minggu. Kurang 48 jam saja! Rasanya alluser bersama jutaan orang di seluruh dunia sedang ternanti-nantikan kemuncak Piala Dunia 2022 pada esok (Ahad).
Perlawanan akhir yang menyaksikan pertembungan antara pasukan Argentina menentang Perancis akan bermula pada pukul 11 malam.
Daripada 32 menjadi 16 pasukan, kemudian masuk suku akhir melibatkan lapan pasukan dan separuh akhir yang menyaksikan Argentina dan Perancis berjaya ke peringkat akhir.
Bagaimanapun kejayaan kedua pasukan itu bukannya berlaku hanya semalaman tapi ia dibina dengan pengorbanan tenaga, masa, wang malah komitmen tinggi dalam keseluruhan pasukan berkenaan.
Saya ulang, kejayaan kedua pasukan ini bukannya terbina sekelip mata tapi usaha yang berbulan malah bertahun lamanya.
Begitu juga bagi 32 pasukan terbaik dari seluruh dunia yang melayakkan diri untuk menyertai kejohanan empat tahun sekali ini.
Sama ada dalam sukan bola sepak ini mahupun bisnes, kejayaan sesebuah pasukan atau organisasi sangat bergantung kepada tiga faktor utama iaitu pemain = kakitangan, jurulatih = mentor dan ibu bapa atau keluarga.
Untuk menjelaskan lebih lanjut, anda sendiri boleh lihat daripada sembilan pelajaran ini yang datang daripada ciri-ciri ini yang ada dalam sesebuah pasukan bola sepak yang kuat sama seperti sebuah pasukan bisnes yang kuat!
1. Pemain mainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya
Setiap pemain sama ada kesebelasan utama mahupun simpanan, perlu memberikan komitmen masing-masing bagi pastikan peranan mereka di atas padang nanti akan 'berfungsi' dengan baik seterusnya membantu pasukan mencapai kemenangan.
2. Pemain menyokong satu sama lain dengan kerjasama yang mantap
Tidak kira pemain itu di posisi mana sama ada penyerang, midfielder, pertahanan, penjaga gol, sayap kanan atau kiri perlu sentiasa menyokong satu sama lain. Hebat manapun seseorang pemain itu, tidak jamin 100 peratus dia akan boleh mencipta gol atau kemenangan seorang diri. Tanpa sokongan pemain-pemain lain, sukar untuk pasukan untuk menewaskan lawan.
3. Pemain mempunyai matlamat dan visi yang sama
Pasukan yang kuat jelas dan faham dengan matlamat dan visi mereka. Mereka tahu apakah tujuan mereka bermain dalam pasukan berkenaan. Bila seluruh pasukan jelas dan faham maka memudahkan untuk bekerjasama dan sokong antara satu sama lain.
4. Pemain tidak berada dalam zon selesa
Zon selesa inilah yang akan membunuh pertumbuhan seseorang pemain itu. Setiap pemain sentiasa reflect balik prestasi masing-masing untuk tambah baik dari satu game ke game yang lain. Ini semua dibantu oleh jurulatih.
5. Pemain yang berkebolehan dipilih mewakili pasukan, bukannya diambil begitu saja
Setiap pemain dipilih dan ditapis untuk mewakili negara bagi mendapatkan pemain yang terbaik dan berkeupayaan membawa pasukan mencapai kemenangan dan memenangi sesebuah piala itu.
6. Kapten yang mampu membawa pasukannya untuk melakukan pelan yang sudah dirancang oleh jurulatih
Kapten dipilih berkeupayaan membawa ahli-ahli pasukannya untuk mengikut pelan yang dirancang oleh jurulatih bagi mencapai matlamat.
7. Jurulatih yang berpengalaman dan terbukti dah membantu membawa pasukannya mencapai kejayaan
Pasukan yang kelas A pastinya mempunyai jurulatih yang bagus dengan berpengalaman yang dapat mencungkil potensi setiap pemain dan menggunakannya bagi mencapai sasaran masing-masing.
8. Mempunyai komunikasi yang jelas dan baik antara semua pihak
Tanpa komunikasi yang baik dalam pasukan, sukar untuk dapat mencapai apa yang disasarkan. Melalui komunikasi, setiap pemain malah jurulatih dapat menetapkan konteks yang betul dari awal dan mengetahui apa yang dirasai termasuk masalah yang berlaku. Ia akan mudahkan untuk membuat post mortem dan lain-lain lagi.
9. Berorientasikan sasaran
Goal oriented, menetapkan sasaran yang jelas membantu sesebuah pasukan untuk bergerak dan align untuk mencapai sasaran ditetapkan. Setiap usaha dan tindakan dibuat pasukan ini, akan diukur dan dikira untuk mencapai sasaran berkenaan. Mereka akan terus berusaha, tambah baik lagi strategi dan tingkatkan lagi game masing-masing untuk mencapainya.
Tahukah anda, kebanyakan bisnes yang kuat dan berjaya ini jika anda tanya pasti ada kebanyakan ciri di atas ini!
Melalui 9 ciri ini sebenarnya terdapat dalam sesebuah pasukan bisnes yang kuat dan berjaya. Pasukan bisnes yang mempunyai ciri ini, boleh dikatakan lebih cepat dan mudah untuk berkembang berbanding yang tiada.
Faham ke faham?
Inilah pelajaran penting yang boleh anda ambil dan pupuk ke dalam pasukan bisnes masing-masing.
Apatah lagi, 2023 dijangka berlakunya kemelesetan ekonomi dunia dan cabaran lebih besar menanti bagi orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana.
Namun bila pasukan bisnes itu ada sembilan ciri di atas, InsyaAllah mereka lebih bersedia dan mampu harunginya dengan cemerlang.
Kini berbalik kepada pilihan anda? Ubah apa yang ada ketika ini bagi pupuk ciri-ciri di atas ini. Tapi perubahan tak mudah, ia juga merupakan satu proses dan perjalanan yang mengambil masa. Cepat atau lambat bergantung kepada usaha masing-masing.
Jika anda dalam pasukan bisnes yang komited dan serius nak develop dan berkembang ke tahap lebih tinggi, nak ubah kehidupan dan bisnes ketika ini, pastikan hadir ke Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 pada 4 hingga 6 Februari 2023 nanti.
Pastikan bukan hanya diri anda, bawa sekali Team untuk ke program yang akan dikendalikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman nanti.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web NakUbahHidup.com sekarang.