Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah

Kelantan isytihar GISBH sesat jika ajaran menyamai Al-Arqam - Mufti; GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' diramp...

Bersama Richwell, Sumbangan Anda Berikan Harapan Kepada Mereka Yang Memerlukan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera alluser,

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang untuk menghulurkan sumbangan bermula Ramadan yang mulia ini dan kami berbesar hati dapat membantu meluaskan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Kami amat menghargai peluang untuk membantu dengan sumbangan anak didik RichWorks melalui Richwell untuk mereka yang memerlukan. Sumbangan yang kami berikan telah disalurkan sendiri atau diberi ke masjid dan badan amal yang dipercayai bagi memastikan bantuan yang berikan dapat membantu mereka yang betul-betul memerlukan.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Ramadan.

image
image
image

5/4/2023

Sumbangan Berbuka Puasa Kepada Warga Asing

Juadah Berbuka Puasa Untuk Warga Asing

Rezeki patut dikongsi bersama, lagi-lagi di bulan Ramadhan yang sememangnya digalakkan untuk kita banyakkan sedekah, memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah kami dari Team All Stars dari RichWorks berkesempatan memberikan 100 pek nasi beriani ayam istimewa berbuka puasa kepada warga asing di sekitar Seksyen 13, Shah Alam pada 5 April 2023.

Semoga sedikit sebanyak juadah berbuka yang diberikan dapat menceriakan mereka.

image
image
image

13/4/2023

Santuni Anak-Anak PAKATS

Santuni Anak-Anak PAKATS (Rumah Kebajikan & Perlindungan Anak-Anak Tersisih Selangor)

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, pada 13 April 2023, Team Mawar Emas wakil dari RichWorks telah berjaya menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,400 kepada anak-anak PAKATS.

Sumbangan berbentuk baju raya baharu mengukir senyuman di wajah mereka. Team Mawar Emas membawa anak-anak PAKATS membeli belah bersama-sama. Tidak mungkin kita boleh membiarkan anak-anak ini beraya tanpa baju raya baharu sedangkan kita semua mampu memiliki mungkin lebih dari tiga baju raya.

image
image
image
image

17/4/2023

FoodBank Kepada Anak Yatim, Asnaf dan Fakir Miskin

Sumbangan FoodBank kepada Anak Yatim, Asnaf dan Fakir Miskin

Alhamdulillah, sumbangan foodbank kepada anak yatim, asnaf dan fakir miskin ini dapat dijayakan oleh Team Richforce dari RichWorks. Berkat dari sumbangan Board of Directors, pihak pengurusan dan RichWorkians, sebanyak 166 anak yatim dan asnaf serta 30 keluarga di sekitar Klang dan Subang dapat dijayakan.

Terima kasih kepada semua anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, Board of Directors, pihak pengurusan, RichWorkians sendiri dan tidak lupa juga kepada anda yang menyumbang. Semoga dengan sedekah yang kita sumbang di bulan mulia ini kita dapat sedikit sebanyak pahala dan menjadi asbab kebaikan kita. Semoga Allah SWT merahmati kita dan memberi ganjaran yang lebih besar Insha Allah.

Kami percaya bahawa pemberian bantuan pada bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk meningkatkan kebaikan dan belas kasihan sesama insan. Semoga sumbangan yang telah kami berikan dapat membantu mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan ini dan usaha kami semua diberi keberkatan.

Terima kasih atas peluang ini dan kami berdoa semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita semua.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular