Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB

Para SUKMA: "Adik mahu mak hidup senang" - Firdaus Fariduddin; Bekas isteri, adik tiri mengaku tidak bersalah bunuh pemandu e-Hail...

Majlis Khatam Quran Di Tanah Suci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mendoakan kesemua 119 orang jemaah delegasi ahli Titanium dan RichWorkians bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman baik-baik sahaja semasa mereka berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, bulan Ramadhan yang lepas.

image

9/4/2023 dan 17/4/2023

Majlis Khatam Quran

Alhamdulillah, Majlis Khatam Quran Kali Ketiga dan Keempat yang dianjurkan oleh RichWorks berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, majlis dimulakan pada pukul 7 pagi (waktu Saudi Arabia).

image

Khatam Al-Quran di Tanah suci sudah semestinya menjadi impian para jemaah. Jemaah umrah Titan dan RichWorkians terlihat sangat bahagia dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah majlis selesai. Pengalaman yang berharga buat para jemaah.

Satu huruf dalam Al-Quran, nilainya 1000 kebaikan dan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan ganjarannya ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain.

image
image

Hukum tajwid perlu dijaga dalam mengkhatam Al-Quran 30 juz. Bagi yang tidak lancar memerlukan masa yang lebih lama untuk khatam. Ia bukan tentang berapa lama dan laju kita khatam tetapi ia tentang mengambil langkah pertama untuk memulakan journey untuk khatam Al-Quran itu sendiri.

image
image

Sudah semestinya Majlis Khatam Quran pada kali ini sangat istimewa dan luar biasa bagi jemaah umrah Titan dan RichWorkians kerana mereka khatam di tanah suci Madinah dan Mekah.

Tahniah para jemaah Titan Umrah Ramadhan!

Amalan ini boleh kita bersama-sama cuba istiqomah di bulan-bulan yang lain juga terutama bulan Syawal ini. Amin.

Salam Aidilfitri,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular