Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila kita tak pandai memang kita perlu cari ilmu dan belajar. Tapi bila sudah pandai, tidak perlu belajar ke?
Belajar tetap belajar. Setiap tahun, bulan dan hari mesti ada sahaja perkara baru yang kita perlu belajar sebab dunia bergerak dengan laju. Semua perkara semakin hari semakin upgrade tahu tak?
Zaman kejatuhan Tuan Shamsul Kamal dalam berbisnes tidak menghalang beliau untuk terus mencuba dan menuntut ilmu di RichWorks. Walaupun pada mulanya beliau skeptikal, tapi apa boleh buat? Cuba sahaja lah. Bila sudah ada MenThor, dalam masa 6 bulan sudah capai sales RM1 juta waktu pandemic pula tu.
Hebat ke hebat?
Dalam bisnes, banyak perkara perlu belajar. Tidak kisahlah sudah berpuluh tahun pun kita berbisnes, turunkan ego, jangan rasa diri tu pandai sangat sampai tidak boleh terima ilmu baru dan ikut arus masa.
Di RichWorks banyak ilmu yang proven dikongsi. Bukan setakat marketing tetapi skill leadership juga banyak dapat dipelajari.
Skeptikal pun tidak mengapa, cuba tonton dulu video Tuan Shamsul Kamal, CEO iWHOST.
Di RichWorks Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan.