Ladang Kurma
Pada sebelah petang, jemaah Titan Umrah Ramadhan dibawa ke Ladang Kurma Aryaf Taibah untuk menunggu waktu berbuka puasa bersama-sama.
Kesemua para jemaah Titan Umrah Ramadhan sangat teruja sehingga terukir senyuman yang lebar di setiap wajah para jemaah. Ladang Kurma Aryaf Taibah terletak di Madinah Al Munawwarah, 5 km sahaja dari Masjid an Nabawi. Sangat dekat dengan Bukit Uhud.
Suasana di ladang kurma ini sangat nyaman dan cantik. Pada waktu malam ladang kurma ini dihiasi dengan lampu-lampu. Makanan berbuka puasa kami dihidang dalam dulang untuk dimakan bersama-sama.
Untuk pengetahuan anda, makan dalam talam ataupun dulang yang dikongsi antara 4 hingga 10 orang ini merupakan sunnah Nabi Muhammad saw. Makan berjemaah seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita serta mendapatkan keberkatan.
Dalam mengerjakan umrah, aktiviti menziarah tempat bersejarah seperti ini yang membuatkan para jemaah menjadi lebih rindu dengan tanah suci.
Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki mengerjakan umrah dan haji suatu hari nanti dengan kesihatan yang terbaik.