Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.
Hi alluser, The Titan Bilangan 50 kali ini menampilkan pasangan suami isteri, Wan Mohd Hafiz dan Ismanisa Ismail daripada Noor Arfa Batik. Mula berdua di belakang rumah, ia terus berkembang dengan bantuan adik-beradik sehingga berjaya memiliki sebuah kilang dan dikenali sebagai pengeluar batik lukis terbesar di Malaysia pada 1989. Permintaan semakin meningkat, mereka mula lebarkan sayap dengan buka cawangan di seluruh Malaysia dan mewujudkan sistem francais. Daripada membuka cawangan di seluruh Malaysia, Noor Arfa membuka Kompleks Kraf pada 2008 di Terengganu dengan keluasan lebih kurang lima ekar. Tidak terlepas daripada ujian, perniagaan mereka mulai hadapi masalah apabila jumlah jualan kekal di tahap sama biarpun sudah membuat pelaburan hampir RM8 juta. Bagaimanakah mereka mengatasinya? Ketahui kisah menarik tentang pasangan suami isteri yang hebat ini melalui e-magazine, The Titan yang kami bawakan buat anda pada minggu ini.
Moga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi buat anda yang sentiasa dahagakan kejayaan dalam dunia perniagaan! | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244 | |