Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Pimpinan utama GISB, isteri dan dua anak antara 19 direman tujuh hari

Tiga pembantu pengajar GISB mengaku tidak bersalah amang seksual; OIC sambut baik resolusi bersejarah PBB tuntut penamatan pendudukan Israel...

Pernah buat jutaan ringgit sebelum jatuh, Madam Nurul tak kisah untuk bermula semula dari bawah

Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.

Hi alluser,

Bertemu kita lagi di edisi ke-18 inSPIREd, e-magazine yang menghimpunkan kisah hebat usahawan daripada program pementoran Spire dalam usaha bagi meraih RM1 juta pertama.

Minggu ini, inSPIREd menampilkan Nurul Shafikah atau lebih mesra disapa sebagai Madam Nurul yang merupakan master stockist kepada sebuah jenama produk kecantikan tempatan.

Biarpun sudah mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam dunia perniagaan, beliau sebenarnya pernah berputus asa dalam bisnes yang diusahakan selepas disahkan menghidap penyakit hyperthyroid dan overstress ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun yang lalu.

"Ketika sakit itu saya rasa sudah gagal dan inilah pengakhiran hidup saya. Rasa mengalah, down dan most of the time saya habiskan masa saya dengan tidur. Saya tak nak bangun.

"Sampailah satu tahap suami saya cakap 'sampai bila awak nak terus begini? Awak ada tapi saya rasa macam awak tiada.' Dia kata begitu kepada saya," kongsinya.

Mulai bangkit selepas mendapat suntikan semangat daripada pasangannya, beliau akhirnya temui sinar apabila rakan baiknya menawarkan peluang untuk dirinya kembali dalam dunia bisnes.

Tidak lagi menoleh ke belakang, beliau kini semakin selesa dengan jalan yang dipilih hingga berjaya membimbing hampir 100 usahawan dan ejen di bawah kendaliannya.

Percaya kegagalan terdahulu memberi 1001 pengajaran dalam hidupnya, ketahui kisah menarik tentang kebangkitan Madam Nurul dalam menghadapi rintangan hidup menerusi inSPIREd kali ini.

image

SELEPAS SHAH ALAM & MELAKA,

10X SME BINA BISNES BERJAYA KINI BAKAL KE JOHOR BAHRU PULA!

MOHON SEKARANG.

TEMPAT ADALAH TERHAD!

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Popular