Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

3 ads tools from Meta

  Today's Guide to the ...

What's a design system? (And why do you need one?)

Learn how to create products and innovate at a faster pace with this invaluable tool.

alluser Pernah Bantu Keluarga Berniaga? Bantu Ayah Jual Jagung Untung RM15 Sehari, Kini Raih Jualan RM6.8 Juta Pada Usia 25 Tahun

image

alluser ada pengalaman bantu ahli keluarga atau rakan berniaga?

Apa perasaan alluser Ketika itu?

Mungkin nak bawa perniagaan tersebut lebih jauh lagi.

Atau daripada situ anda memasang impian untuk memiliki perniagaan sendiri.

Jom ikuti kisah inspirasi daripada Nur Izzaty Salimun.

"Berniaga di pasar malam, kami tak ada lampu, tak ada papan tanda, semua gelap hanya orang yang ternampak sahaja akan beli.

"Jualan hari itu cukup untuk saya dan ayah beli makanan hari itu. Kami akan ulang perkara sama dari 9 pagi, kalau jagung cepat habis, kami baliklah petang, kalau tak tunggu sehingga pasar malam tutup 10 malam," kongsi Pengasas Produk Noufa Skin, Nur Izzaty Salimun mengimbau kenangan membantu ayahnya menjual jagung ketika berusia 17 tahun.

Menurut Pengasas Produk Noufa Skin ini, minat terhadap bidang perniagaan sudah ada dalam jiwanya sejak kecil lagi kerana arwah ibunya pernah berniaga produk untuk menambah pendapatan keluarga.

"Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bantu ayah jual jagung. Ayah berhenti kerja kerana faktor usia, ayah sebelum ini pendawai elektrik dan baiki televisyen. Bila usia ayah meningkat, mata ayah semakin tak nampak dan cari pekerjaan lain, banyak pekerjaan yang ayah buat."

Minat sahaja tak cukup

"Dengan minat sahaja tak cukup untuk saya bantu ayah menjalankan perniagaan jual jagung masa itu. Untung bersih jual jagung RM15 sehari cukup untuk saya dan ayah beli makanan. Pernah terdetik masa itu, fikir seperti ini ke hidup aku selamanya," katanya.

Ketika di universiti, Nur Izzaty meneruskan minat berniaga menjadi dropship dengan pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dan akhirnya memilih untuk berhenti daripada melanjutkan pengajian dan memulakan perniagaan produk penjagaan wajah.

Perniagaan dijalankan semakin berkembang tetapi beliau yang masih mentah pada masa itu merasakan ilmunya belum lengkap dan memerlukan bimbingan daripada guru yang berpengalaman untuk memastikan segala cabaran dapat ditempuhi.

"Umur 20 tahun dengan pengalaman yang tak seberapa, apatah lagi ilmu. Masuk realiti perniagaan yang sebenar saya tertekan, mula rasa tak gembira dan rasa perniagaan ini makin lama makin susah.

"Saya tak ada pilihan, selain untuk bangkit kembali, sudah pilih untuk berhenti belajar walau keputusan peperiksaan baik di samping membawa harapan keluarga dan pasukan," jelasnya.

Nak Ubah Hidup

Pada Ogos 2019, Nur Izzaty mengambil keputusan ke program Nak Ubah Hidup (NUH) dijalankan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks dengan 10 kakitangan syarikatnya.

"Momentum masa lepas balik dari NUH sangat amazing, momentum yang saya tak pernah rasa energi tu, yang mana kelas itu bukan mengubah saya seorang sebaliknya staf juga.

"Persekitaran dalam pejabat sangat lain. Amat berbeza, abang saya tengok dia kata memang nampak impak dia. Sebelum ni dengar orang cakap sahaja.

"Kita tak faham term energy, momentum, bila kita sendiri dah merasai pengalaman berada di kelas tu dan energi yang diserap bawa masuk ke pejabat, impak dia tu bukan sehari dua, berbulan-bulan, bertahun-tahun," jelasnya lagi.

Lebih menggembirakan, jualan syarikat mampu mencatat RM100,000 sebulan membuatkan Nur Izzaty terus menyertai kelas bimbingan yang lain sehingga pada 2021 syarikatnya meraih jualan RM6.8 juta.

"Jika dilihat, pada 2019 keuntungan kira-kira RM900,000. Masa itu saya jangka satu juta mustahil, boleh ke perniagaan yang dijalankan capai juta?

"Pada 2020 syarikat catat jualan RM6 juta ketika saya dah sertai program Mentoring Titanium dan nampak perniagaan naik secara agresif," jelasnya yang menyasarkan jualan RM15 juta pada tahun ini.

Jualan semasa PKP melonjak

Mengulas lanjut, katanya sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) jualan melonjak naik memandangkan perniagaan sedia ada dijalankan secara dalam talian.

"Bahagian operation untuk hantar parcel tu tak ada masalah. Bisnes masih berjalan seperti biasa cuma tak boleh masuk pejabat.

"Macam mana nak urus staf yang semua tak boleh masuk pejabat, kami dah sedia sebab sokongan dari RichWorks sendiri. Bila ada dalam circle Titanium, RichWorks sentiasa memberi lebih awal supaya kita lebih bersedia hadapi sebarang situasi dalam perniagaan," katanya.

Tambah Nur Izzaty, RichWorks juga sentiasa memberikan ilmu perniagaan yang terkini dan menjadi trend dalam pasaran semasa.

"Branding dan marketing, RichWorks sentiasa beri yang terbaharu. Minggu lepas ada yang baru, minggu ini ada lagi yang baharu. RichWorks sentiasa bagi awal," ujarnya.

Noufa Skin kembang ilmu

Ilmu yang diperoleh dari RichWorks turut dikembangkan kepada pekerja. Hasilnya, ilmu dan kemahiran pekerja bertambah sekali gus memberi pulangan positif kepada syarikat.

"Apabila bisnes berkembang akan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dibuka. Kita ambil pekerja yang tepat ke dalam syarikat dan kembangkan bakat pekerja juga, secara tak langsung ini berterusan untuk keluarga, orang terdekat dan sekeliling.

"Mereka beri duit kepada ibu bapa, boleh beli kenderaan sendiri, bahkan boleh beli untuk ibu bapa juga," jelasnya.

Sementara itu, Nur Izzaty memberitahu, alhamdulillah Noufa Skin – Calendula Essence Toner menjadi antara produk paling laris dan pihaknya turut buka peluang kepada mereka berminat untuk menjana pendapatan dengan layari Facebook rasmi, Noufa Skin HQ

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika alluser mahukan perubahan luar biasa, maka tindakan juga mesti luar biasa. Bagaimana nak jadi luar biasa tu?

Sebab itu, kami juga nak jemput anda ke Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang akan diadakan secara LIVE nanti. Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melalui

image

Salam Kejayaan,
Team Richworks

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Fahami Potensi Perniagaan alluser Jalankan!

Artikel terbaru mengenai memahami potensi perniagaan dan komunikasi antara jabatan. Semoga bermanfaat.
image

Hi alluser,

Apa khabar hari ini? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kekal pada energy yang tinggi selepas cuti Aidilfitri.

Selepas raya, anda perlu lebih berwaspada dengan beberapa perkara ini.

Antaranya, kadar inflasi akan menaik dengan kos harga barang yang naik melampau disebabkan permintaan meningkat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan kadar inflasi negara 2.2 peratus pada Mac lalu.

Sehubungan itu, negara dijangka menghadapi tekanan inflasi susulan kenaikan indeks harga pengeluar IHPR 11.6 peratus pada Mac serta tekanan kadar inflasi di peringkat global.

Kami turut kongsikan tips bagaimana bangsa usahawan dapat memahami potensi perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, artikel 7 cara komunikasi berkesan antara jabatan. Semoga bermanfaat.

image

Fahami potensi perniagaan anda!

Bagi bangsa usahawan yang sudah menulis impian dan renew azam masing-masing, saya doakan moga dipermudahkan, terus komited dan lakukan yang terbaik sampai habis!

Mereka yang belum lagi lakukannya, ia pilihan anda sendiri.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra'd: 11: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan ia mengubah dirinya sendiri."

image

7 Cara Komunikasi Berkesan Antara Jabatan

Kadangkala, satu jabatan mungkin tidak begitu memahami apa yang jabatan lain lakukan.

Walau bagaimanapun, apabila jabatan sesebuah syarikat bekerjasama dengan baik, menetapkan dan memenuhi set matlamat syarikat yang lebih luas berlaku secara semula jadi.

Apabila operasi mengalir lancar dari satu jabatan ke jabatan seterusnya, isu dengan segala-galanya daripada inventori kepada perkhidmatan pelanggan boleh dielakkan.

Dapatkan Solusi Bisnes & Pemasaran Digital secara percuma, panduan & strategi yang proven diguna pakai bangsa usahawan ketika krisis dan cabaran dihadapi pada waktu ini.

Klik banner di bawah ini.

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular