Salam alluser,
10 tahun berniaga, buat bermacam-macam perkara namun masih stuck pada tahap sama. Cukup-cukup makan saja, jika anda berada pada situasi ini apakah langkah yang akan dibuat?
Jom ikuti kisah inspirasi daripada Irah Sukri ini.
Jika ke Pasar Siti Khadijah, Kelantan melihat ke arah peniaga, ramai wanita yang masih muda umurnya tetapi gigih berniaga.
Tingkat dua dan tiga pasar ini dikhususkan untuk kedai menjual pakaian seperti baju kelawar, kain pelikat dan kain tudung. Di situ juga, Irah Sukri mencari rezeki selama 10 tahun menjual kain pasang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Irah Sukri Global Sdn Bhd., yang lebih mesra dengan panggilan Irah, hasil jualan di Pasar Siti Khadijah tidak menentu dan ada pasang surutnya.
Hasil bisnes cukup-cukup makan
Jelas wanita kelahiran negeri Cik Siti Wang Kembang itu rata-rata peniaga di Pasar Siti Khadijah menjual barang hampir sama menyebabkan hasil jualan kurang memberangsangkan kecuali cuti sekolah ekoran kehadiran pelancong membawa limpahan rezeki berbanding hari biasa.
"Di Pasar Siti Khadijah dulu lebih kepada cukup makan, tak ada simpanan. Masih buat bisnes tapi tak ada masa depan.
"Sangat penat tetapi tak ada results, Irah bukan sahaja berniaga di Pasar Siti Khadijah malah di ekspo, majlis konvo, pasar malam, pasar minggu dan tempat lain," katanya.
Malah, Irah pernah menggadaikan barang kemas miliknya untuk membayar gaji pekerja ketika itu.
Mula tuntut ilmu
Sedar kelemahan diri dan mahu membina bisnes berjaya, Irah mengambil keputusan mendaftar dan menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks pada 2017.
Tidak cukup menyertai IMKK, Irah menyertai pula program Millionaire Marketing Master (MMM) dan dalam program itu, beliau diajar dengan lebih mendalam tentang pemasaran luar talian (offline) dan dalam talian (online).
"Ketika itu saya seorang buta IT, saya masuk kelas Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menguasai pemasaran secara dalam talian. Hasilnya, jualan naik dengan mendadak berbanding sebelum ini.
"Masa di pasar Siti Khadijah memang tak ada buat online bisnes. Saya terkejut, belajar ada ilmu menyebabkan jualan naik, ada hasil berbanding yang dah buat sebelum ini penat berniaga tetapi tiada hasil," jelasnya.
Mengulas lanjut katanya, sebagai bangsa usahawan perlu mempercayai proses yang perlu dilalui dengan sabar seperti fasa menempuh cabaran dalam perniagaan dan menuntut ilmu.
Pengasas cermin kepada pasukan
"Bila perniagaan berkembang, paling sukar adalah untuk menguruskan pekerja berbanding di awal perniagaan saya hanya mempunyai 2 pekerja.
"Jika kita sendiri tak betul, sukar untuk kita dapat pekerja yang betul. Kita sebagai pengasas umpama cermin kepada pasukan," katanya yang kini mempunyai lebih 40 kakitangan.
Hasil kesabaran dan percaya kepada proses itu, syarikat menjual produk kain pasang, batik sarung dan pelekatnya meraih jualan RM7.2 juta pada 2021 dan mensasarkan jualan meningkat kepada RM15 juta pada tahun 2022.
Irah Sukri bina empayar
Pada masa sama, kini syarikatnya mempunyai kira-kira 10,000 dropship terdiri daripada suri rumah dan individu mempunyai pekerjaan tetap tetapi mahu menambah pendapatan keluarga.
"Mereka dah ada simpanan, kereta idaman, kehidupan lebih baik. Irah sangat seronok melalui bisnes ni boleh memberi manfaat kepada orang lain.
"Menjadi kepuasan bila kita boleh bantu orang lain, Irah sangat nak lihat mereka mempunyai kehidupan yang bagus, simpanan yang banyak, boleh bantu ibu bapa mereka," katanya lagi.
Bagi yang berminat untuk menyertai Irah Sukri, mereka boleh melayari laman instagram @irah_sukri .
Dapat sesuatu tak daripada kisah di atas ini, beliau sedar dan mengambil langkah betul untuk pastikan bisnes mampu berkembang ke peringkat lebih tinggi. Adakah anda juga ada keinginan dan impian sama seperti Irah Sukri sebelum ini?
Sebab itu, kami juga nak jemput anda ke Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang akan diadakan secara LIVE nanti. Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah ini.