Artikel berkaitan 10 tip menjadi pembentang yang hebat dan sifat tamak yang membawa kerugian.
Salam Jumaat alluser, Beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita sesudah sebulan bersama. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk melaksanakan amal ibadat dengan sebaik-baiknya agar kita dapat meraih pahala berlipat kali ganda di 10 malam terakhir ini. Di samping melakukan amalan sunat hari Jumaat, anda juga boleh menambah ilmu dengan membaca tentang 10 tip bagi menjadi seorang pembentang yang hebat. Selain itu, baca juga tentang sifat pembaziran yang merugikan. Semoga bermanfaat! | |
10 tip untuk membuat pembentangan yang hebat di hadapan khalayak ramai Bermula dari zaman belajar, sehingga melangkah ke dunia kerjaya pasti tak lari daripada memberikan pembentangan. Walaupun terdapat perbezaan dalam setiap cara pembentangan, namun terdapat kemahiran yang anda boleh pelajari dalam meningkatkan keyakinan anda. Terutama sekali apabila melibatkan pembentangan di khalayak ramai. | |
Jangan membazir, jangan tamak! Hampir 1,000 gelandangan di ibu kota menjadi tempat lambakan makanan yang tidak habis dijual di bazar-bazar Ramadan sehingga sebahagian besarnya ditinggalkan begitu sahaja di kaki lima kedai dan bahu jalan. Lambakan juadah iftar berlaku apabila rakyat kini kurang berbelanja di bazar-bazar Ramadan dan sekadar membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa. Dalam pada itu, makanan yang tidak habis dimakan di bufet Ramadan dari restoran-restoran juga disedekahkan kepada gelandangan sehingga berlaku lambakan juadah berbuka puasa yang kemudian bertukar menjadi sampah. | |
Bisnes anda sakit atau sihat? Bukan pemilik bisnes sahaja yang boleh demam atau selsema, bisnes pun sama. Jangan biarkan bisnes anda tenat baru nak ubati. Jom ketahui tahap 'kesihatan' bisnes anda menerusi 1 on 1 session bersama Business Consultant menerusi sesi Business Checkup! | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |