Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Satu jam lagi alluser, sesi live voice chat dari UK dah nak mula!

Satu jam lagi sebelum Sesi Khas Bersama Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan secara live voice chat bermula.
image

Selamat malam alluser,

Satu jam lagi sebelum Sesi Khas Bersama Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan secara live voice chat bermula.

Pastikan ready pen dan kertas untuk catat learning points daripada sesi itu nanti.

Sesi istimewa live dari United Kingdom di Telegram Azizan Osman Official pada 9.00 malam (waktu Malaysia).

Jangan terlepas sesi ini ya, banyak input terkini yang akan dikongsikan.

Sambil mendengar, jangan catat juga ilmu baharu yang dikongsi serta lakukan tindakan segera supaya anda kaya dan berjaya, insya Allah!

Salam kejayaan,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Seize the time now alluser! Jangan tunggu untuk memulakan dan lakukan perubahan

Dah masuk bulan baru Jun 2023…. Pantas masa "terbang" meninggalkan kita kan…

Salam semua!

Dah masuk bulan baru Jun 2023…. Pantas masa "terbang" meninggalkan kita kan…

Saya nak share sesuatu yang saya catat pada penghujung tahun 2018…. Saya fikir ia amat releven untuk anda baca sekarang….

Adakah Anda Ketagih dengan kegagalan?

Salah satu "penyakit" yang saya "alami" satu ketika dahulu ketika pada awal perjalanan nak ubah hidup dan tahap kewangan dan "penyakit" yang sama saya lihat di alami oleh ramai usahawan atau bakal usahawan yang hadir ke kelas saya dan kemudian "berhenti" belajar ialah:

Mereka sama ada sedar atau tidak sedang merancang atau bertindak untuk menggagalkan diri mereka atau sabotaj diri dari terus menuju ke arah impian atau kejayaan mereka.

Untuk faham perspektif ini, suka saya kongsikan bagaimana saya "gagalkan" pelan tindakan saya untuk kuruskan badan for so many years before.

Sejak tahun 2008, saya ala-ala tekad nak kurangkan berat badan. Sebelum tu tak kisah langsung. Tak rasa badan ni gemok dan tak kisah dipanggil gemok. Ini juga masalahnya bila kau dah terima kenyataan yang kau gemok, kau tahu gemok boleh buat kau tak sihat, boleh sakit, boleh mati mengejut, tidur snoring dan kadang-kadang choking. Nak cari seluar baju susah gila jujur tak ada ready made dan kau akan hadir ke tempat yang jual baju XXXXXL (6XL) untuk beli. Dan kau tak kisah. Masa tu.

Kau mula beri "justification" tentang kegemokan kau. Kau rasa gemok tu cool (Kepala hotak cool kalau kau sebenarnya sedih dan teringin nak kurus). Kau makan atas alasan nanti makanan membazir siapa salah? Kau salahkan mak kau masak sedap. Kau salahkan kesian orang berniaga makan kalau kau tak beli dan makan.

Kau hidup dalam keadaan susah nak jalan. Kerusi flight ekonomi tak muat dan tali pinggang kapal terbang tak boleh nak pasang sebab salah tali pinggang tu pendek.

Ku sangka tekad dan semangat tahun 2008 sampai ke petang rupanya bertahan sebulan, hilang 20 kilo masa bulan ramadan then masuk raya hancur berderai...

Masih ada "semangat" tapi semakin hilang.

Begitulah masa silih berganti, semangat turun naik. Cuba dan sabotaj diri berulang kali for 9 years. Apa cara tak guna? Apa produk tak beli? Apa protein tak beli, pakej berpuluh ribu, apa slimming centre tak bayar dan tak pergi buat treatment? Apa gym tak sign up? Duit bukan isu Insha Allah....

Jadi apa isunya?

Isunya? Semua cara tu salah? Semua produk tu salah? Semua gym dan trainer tu salah? Semua masakan mak tu salah? Salahkan orang lain kan senang!

Isunya ialah SAYA.

Saya tahu kalau saya nak buat sesuatu saya akan sanggup berhabis habisan buat sampai jadi. Saya tahu saya mampu make things happened walau betapa susah pun Insha Allah. Kalau saya pernah berhutang kena kejar along, kena kejar bank, lingkup bisnes dulu berkali-kali tapi saya masih kuat bangkit untuk bina walau betapa payah sampai jadi Insha Allah. Tapi kenapa tang kuruskan badan ni tidak?

Sebenarnya saya tidak serius nak kuruskan badan waktu tu. Dalam diri saya ada rasa - It's ok. Gemok ok. Saya sendiri "terima" diri saya seadanya..... Saya tak ada enough pressure yang buat saya melantun dan make things happen. Saya tidak rasa tercabar.

Masa bisnes dulu, saya tekad nak bina bisnes dan kewangan sebab saya rasa sangat bengang. Saya bengang dengan penghinaan orang lain especially orang terdekat dengan saya.

Saya rasa terhina bila orang cakap depan saya- bisnes konon tapi habuk pun tak ada. Hutang berlambak. Beli rumah sendiri pun tak mampu, hanya mampu tumpang rumah mak. Bayar duit kereta pun tak mampu, ada hati nak bisnes. Kereta pula masa tu kena tarik... lagi haru. Muka asyik pinjam duit orang..... Dan banyak lagi yang semuanya dikumpul menjadi kekuatan gila "bab" dalam diri saya untuk cari mentor, ilmu dan strategi yang betul-betul keluarkan saya dari kancah kemelut hutang dan bisnes pada tahap pokai, tak ada duit dan tak ada masa. Jadi perasaan pada waktu tu umpama, apa jadi pun. Aku mesti buktikan dan tunjukkan yang aku mampu capai tahal nenek jutawan.

Tapi ternyata. Bila nak kuruskan badan. Perasaan saya tak sekuat dan senekad nak bina bisnes. Saya lebih sayang lemak -lemak dibadak saya.

Saya jatuh cinta dengan seluar jeans saiz 48 saya dan berat mencecah 138 kilo saya pada waktu tu.

Ia sangat kuat hampir hampir saya tekad biarlah gemok asal bahagia. Ayat penyedap orang gemok seperti saya. Biarlah gemok janji aku kaya ada duit. Kau kurus tapi miskin pokai kerja minta duit aku. Itu lah kind of justification dalam diri saya pada waktu tu yang telah berjaya mempengaruhi saya.

Amacam? Sounds familiar for some of you?

Apa yang berubah? Yang membantu saya dropped sehingga hilang 43 kilo? Dari 136 kilo?

Titik tolak terbesar saya ialah pada tarikh 17 Mei 2017. Itu adalah hari yang menjadi titik kebengangan saya. Seseorang yang saya ucapkan terima kasih kerana dia lontarkan dimuka saya- dia tidak mahu masuk kelas saya dan tidak yakin dengan ilmu bisnes saya kerana saya gemok. Itu terjadi kepada dia 2-3 tahun sebelum tu. ketika itu bisnes dia bagus. Dia masuk kelas saya tapi tak lama keluar semula kerana dia tengok saya gemok.

Long story short, apa yang berlaku selepas tu. Di sebabkan cabaran bisnes ketika itu, bisnes dia collapse teruk. Ada aset yang perlu dijual. Kontrak dia dibatalkan dan bisnes dia jatuh ditambah dengan dia diuji dengan masalah sakit kanser.

Selepas bertahun-tahun cuba memperbaiki bisnes dia tapi masih stucked, akhirnya dia paksa diri dia untuk hadir semual ke kelas saya sehingga dia menjadi Titan ketika itu.

Saya rasa sedih bila saya mendengar perkongsian dia. Saya sedih bukan kerana dia kata saya gemok. Tapi saya sedih kerana saya tidak dapat "selamatkan" bisnes dia lebih awal hanya kerana dia ada masalah dengan kegemokan saya. Saya fikir. Mungkin ada ramai lagi yang terhalang kejayaan dia untuk ubah hidup atau belajar hanya kerana mereka menilai saya dari kegemokan atau kekurusan saya.

Saya faham, ia bukan faktor kenapa selama bertahun-tahun saya dengan izin Allah swt berjaya bantu beratus ribu usahawan dan pelbagai jenama orang kita hari ini mampu mendirikan jenama serta beratus atau berpuluh billboard ditepi highway sebagai anak didik saya.

Tapi saya fikir. Jika disebabkan kegemokan saya ini boleh menjadi penghalang kejayaan anda, saya sanggup kurangkan berat badan saya jika itu boleh menjadi inspirasi buat anda ubah hidup anda.

Dan Alhamdulillah dalam tempoh tidak sampai setahun bermula dari 17 Mei 2017, saya bersyukur dapat mengurangkan berat badan saya dari 136 kilo kepada serendah 93 kilo. Dari seluar jeans bersaiz 48 kepada seluar jeans bersaiz 34.

Well, perjalanan saya dalam mengurangkan berat badan pastinya belum selesai. Insha Allah saya ada target saya sendiri for the next one year. Itu target saya. Dan benda yang saya paling gembira bagi saya ialah bila saya ada peningkatan dalam hidup, dalam bisnes, dapat perbaiki diri dalam banyak aspek. Dan ada yang terinspirasi untuk perbaiki diri dan hidup mereka juga disamping saya dapat berkongsi banyak ilmu melalui video-video saya secara percuma terutamanya dalam FB Group Khas yang saya wujudkan untuk memberikan sedikit sebanyak bimbingan terutamanya dalam bab bisnes dan kewangan kepada mereka yang join FB Group Nak Ubah Hidup ini.

Saya bukan sesiapa. Saya bukan dari keluarga berada. Saya dari kecil dimomok-momokkan bahawa orang melayu tak pandai berniaga.

Saya bengang. Dan Alhamdulillah sejak 10 tahun ini terlibat dalam training dan business mentoring membantu beratus ribu orang terutamanya bangsa saya mulakan dan bina bisnes sehingga ada yang dari kosong mampu capai jualan beratus juta ringgit setahun tanpa pinjaman bank atau mana-mana pihak. Saya bersyukur dan bangga.

Mungkin belum ada anak didik saya masuk senarai orang terkaya di Malaysia dan saya pun sedang membina bisnes hingga masuk senarai top 10 Billionnaire in Asia soon Insha Allah…

Yalah, mereka ini anak didik saya self made entrepreneur dan millionaire bukan atas dasar kabel dan politik atau pengaruh. Tapi yang penting, kita buktikan yang orang kita boleh bisnes dan semakin ramai yang berjaya membina bisnes kecil menjadi semakin besar. Bangsa cina dah berniaga beribu tahun kot.

Tak pelik bila orang kata orang cina memang ada darah bisnes dalam diri mereka.

Orang kita. Dulu dipanggil bangsa subsidi. Bangsat merempat di negara sendiri tak mampu beli rumah tanah dan semuanya dimiliki oleh orang lain atau orang tertentu.

Usaha kecil kami sejak 15 tahun ini mungkin dipandang enteng, dicerca dihina tapi itulah sedikit usaha kecil agar kita mampu menjadi bangsa merdeka tidak bergantung dan tidak merempat macam anjing menagih air di tanah air sendiri. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak anak didik saya yang menjadi usahawan dapat sediakan peluang perniagaan sebagai stokist, agen dan peluang pekerjaan kepada ramai orang lain.

Salah seorang usahawan saya memberikan peluang bisnes kepada lebih 5,000 surirumah. Dan seorang lagi usahawan berikan pekerjaan kepada lebih 200 anak muda dilatih uruskan call centre.

Saya kira even usahawan Titan yang lama dan yang baru yang saya bimbing sejak 4 tahun ini pun telah mencecah 583 orang dan jumlah jualan mereka setahun lebih dari RM1.8 billion. *ini tahun 2018, kini RM3.8 billion setahun 2023

Point saya ialah- Seize the time now. Jangan tunggu untuk memulakan dan lakukan perubahan.

Masa berjalan. Dan semakin hari cabaran semakin kuat.

image

p.s. Malam ni juga, saya akan berjumpa dengan anda dalam live voice chat pada jam 9.00 malam. Beri peluang pada diri, hadir untuk mulakan serta lakukan perubahan.

Klik butang di bawah untuk join Telegram Azizan Osman Official dan pastikan anda bersama saya malam ini.

Saya doakan anda kaya & berjaya,
Datuk Wira Dr. Azizan Osman

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

4 hari lagi! Contact.FirstName~ Master your bisnes dan fokus kepada “low hanging fruit” ~

Waktu hujung minggu memang seronok untuk bersantai-santai. Bawah pokok rambutan di halaman rumah antara tempat kami sekeluarga akan bersan
image

Selamat hujung minggu alluser,

Waktu hujung minggu memang seronok untuk bersantai-santai.

Bawah pokok rambutan di halaman rumah antara tempat kami sekeluarga akan bersantai. Ayah siap letak set kerusi dan meja batu di bawah pokok ini.

Bila musim buah lagi best, sambil duduk pun boleh capai buah rambutan dari pokok.

Dalam bisnes, anda pernah dengar "low hanging fruit"? Istilah ini menunjukkan peluang atau potensi yang mudah dijangkau atau dicapai dengan sedikit usaha atau pelaburan.

Ini merujuk kepada tindakan atau strategi yang dapat memberikan hasil yang cepat dan relatif tanpa memerlukan usaha atau sumber daya yang besar.

Konsep ini juga menggambarkan tindakan yang boleh dilakukan dengan cepat untuk mencapai hasil positif dalam waktu singkat.

Nak tahu lebih banyak lagi dan master dalam bisnes alluser? Ini peluang yang mesti anda rebut. Klik segera butang di bawah untuk maklumat lanjut.

4 hari sahaja lagi, kita bersama bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman selama 4 hari dalam program khas MYB pada 8 hingga 11 Jun 2023 di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Tempat adalah terhad, hanya bagi usahawan yang betul-betul serius nak pastikan bisnes mereka mampu bergerak ke tahap lebih tinggi.

Klik untuk berhubung dengan Team Richworks.

image

Salam kejayaan,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Perhatian 9 malam ini!

Pertukaran masa, set temu janji anda MALAM NI bersama Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
image

Salam sejahtera alluser,

Pertukaran masa, set temu janji anda MALAM NI bersama Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Sesi live voice chat di Telegram Azizan Osman Official untuk bantu & sokong anda, bangsa usahawan di luar sana.

Kami faham, pelbagai cabaran sedang dihadapi namun setiap satu cabaran pasti ada jalannya.

Jangan terlepas ya, kali ini sesi berlangsung pada jam 9 malam! Jauh dari London tau!

Pastikan ajak juga rakan-rakan usahawan anda yang lain. 100% percuma untuk sokong bangsa usahawan.

Dalam pada itu, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman selalu ingatkan 80% kejayaan bermula dari persiapan.

Nak bercuti tiga hari pun kena ada perancangan, nak pergi mana, berapa hari, berapa bajet, ini kan pula bisnes!

Mestilah ada matlamat, visi dan misi syarikat yang jelas bukan samar-samar.

Bantu kami lengkapkan maklumat anda supaya team RichWorks lebih kenal dan tahu apa yang kami boleh bantu untuk pastikan bisnes anda lebih grow pada masa hadapan. Jom klik butang di bawah.

Usaha melakukan analisis dan sentiasa tambah ilmu pengetahuan tak akan sia-sia.

image

p.s. Kami juga ada hadiah ebook edisi pasca raya mengenai marketing khusus buat anda dalam link di atas.

Salam kejayaan,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Apalah Gunanya Kalau Database Banyak Tapi Tidak Terurus, Memang Rugi Besar!

Assalamualaikum dan Selamat Petang alluser,

Database ni sebenarnya lagi penting dari content. Kalau database sudah banyak tapi tak diuruskan dengan betul, memang rugi besar. Sebab dengan adanya database, sales boleh meningkat dengan banyak. Tapi ramai lagi tidak sedar.

Tuan Erwin Dwi Agustian Hari, Founder Gebbug Tour adalah salah seorang usahawan yang tidak sedar tentang kepentingan database dalam perniagaan sebelum dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Tapi semuanya tidak akan pernah terlambat kalau mahu belajar dan ambil tindakan dengan cepat.

Apa tindakan yang dilakukan oleh Tuan Erwin sampai dapat hasil yang lumayan macam sekarang?

Nak tahu? Tonton perkongsian beliau sekarang.

Di RichWorks, Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan.

Salam kejayaan,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60192442244

Popular