Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.
Hi alluser, Bertemu kita pada keluaran The Titan Bilangan 31 kali ini yang menampilkan pengasas hebat Sueffi Attire, Suzana Hashim. Mengusahakan perniagaan pakaian seragam perubatan berkualiti buat front liners, siapa sangka beliau merupakan bekas pesakit kanser limforma suatu masa dahulu. Meskipun diuji sebegitu, beliau tidak menyerah kalah dalam melawan penyakit malah meneruskan kehidupan serta mengejar cita-citanya. Pernah berada dalam waktu sukar hingga tiada wang untuk belikan makanan buat anak, kehidupan Suzana mulai berubah apabila beliau mendapat sekeping tiket percuma ke program anjuran RIchworks. Kini berjaya membangunkan bisnesnya sendiri, ketahui tindakan tepat yang dilakukan oleh beliau hingga syarikat yang diasaskannya turut menerima anugerah The Brand Laureate 2022 pada tahun ini! The Titan e-magazine mengandungi kisah inspirasi ahli Titanium (Titan) di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama RichWorks. Setiap daripada mereka ini juga seperti anda satu masa dulu, ada yang hanya seorang suri rumah, kakitangan awam & swasta, guru, graduan, pelajar, ejen, dropship dan lain-lain lagi. Di samping itu, artikel berkaitan industri juga akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Moga ia dapat sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi, panduan dan idea dalam membina bisnes. | |
Unsubscribe Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260 | |