Masa merupakan suatu aset yang tak ternilai. You ada banyak duit pun tak berguna, tak dapat nak beli balik masa yang sudah berlalu.
Tapi apa yang alluser boleh buat, gunakan sebaik-baiknya masa yang ada untuk mencapai apa yang diimpikan dan dalam masa sama membuat bekalan di akhirat kelak.
Saya kongsikan soal masa ini berikutan, kita ini tak pasti bila akan ditarik nyawa ini. Bila-bila masa boleh diambil dan persoalan yang perlu ditanya kepada diri malah diingatkan bahawa apakah sudah cukup persediaan ini, bagaimana pasangan dan ahli keluarga yang akan ditinggalkan nanti?
Pada bulan ini, dua tahun lalu saya hampir ditarik nyawa ini namun Allah SWT berikan saya peluang lagi. Saya akan guna sebaik-baik masa diberikan untuk menjadi manusia yang lebih bermanfaat, insyaAllah.