Pages

Check Available Cheapest Domain Here

Featured Post

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi; Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism; '...

Our 20 Favorite 3D Web Design Examples

Ziarah Luar Umrah Madinah (Masjid Quba, Bukit Uhud, Ladang Kurma)

image

10/4/2023

Dalam mengerjakan umrah, para jemaah dibawa menziarahi 3 tempat dalam hari yang sama iaitu Masjid Quba, Bukit Uhud dan Ladang Kurma.

image
image
image
image
image

Pada waktu pagi jemaah dibawa melawat masjid pertama dalam sejarah Islam iaitu Masjid Quba yang terletak 3 km dari selatan Madinah. Tempat yang wajib dilawati oleh para jemaah termasuk jemaah Umrah Titan Ramadhan.

Masjid Quba asalnya hanyalah satu ruang segi empat dengan luas kawasan 200 meter persegi bertiangkan pokok kurma dan beratap pelepah daun kurma bercampur tanah liat dan sebuah serambi. Di tengah masjid adalah ruang terbuka digelar 'sahn' dan terdapat telaga untuk mengambil wuduk.

Sekarang, luas kawasan Masjid Quba ini sekitar 135 ribu meter persegi dan mampu menampung hingga 20 ribu jemaah. Masjid Quba memiliki 19 pintu, terdiri dari tiga pintu utama yang berdaun pintu besar.

Istimewanya mengerjakan solat 2 rakaat di Masjid Quba ini sama pahalanya seperti mengerjakan umrah.

image
image
image
image

Bukit Uhud

Kemudian, jemaah umrah Titan dan RichWorkians dibawa menziarahi Bukit Uhud yang banyak disebut dalam hadis Rasulullah saw.

Selalunya kita dengar mengenai Bukit Uhud dari buku teks sekolah, surat khabar dan mungkin dalam media sosial. Tetapi kali ini para jemaah Titan Umrah Ramadhan dapat melihat sendiri kemegahan Bukit Uhud depan-depan.

Banyak sirah yang dikongsi oleh para mutawif. Bukit ini terletak kira-kira 3 km dari Masjid an Nabawi dan bukit ini tidak sama dengan bukit-bukit yang ada di Malaysia. Bukit ini penuh dengan batu-batuan dan tanah yang kering-kontang.Di tempat inilah berlakunya peperangan yang besar dan sengit antara tentera Islam dan kaum kafir Quraisy dari Mekah. Para syuhada dikebumikan di medan pertempuran Uhud. Bukit Uhud menjadi bukit yang disayangi Rasulullah.

image
image
image
image

Ladang Kurma

Pada sebelah petang, jemaah Titan Umrah Ramadhan dibawa ke Ladang Kurma Aryaf Taibah untuk menunggu waktu berbuka puasa bersama-sama.

Kesemua para jemaah Titan Umrah Ramadhan sangat teruja sehingga terukir senyuman yang lebar di setiap wajah para jemaah. Ladang Kurma Aryaf Taibah terletak di Madinah Al Munawwarah, 5 km sahaja dari Masjid an Nabawi. Sangat dekat dengan Bukit Uhud.

Suasana di ladang kurma ini sangat nyaman dan cantik. Pada waktu malam ladang kurma ini dihiasi dengan lampu-lampu. Makanan berbuka puasa kami dihidang dalam dulang untuk dimakan bersama-sama.

Untuk pengetahuan anda, makan dalam talam ataupun dulang yang dikongsi antara 4 hingga 10 orang ini merupakan sunnah Nabi Muhammad saw. Makan berjemaah seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita serta mendapatkan keberkatan.

Dalam mengerjakan umrah, aktiviti menziarah tempat bersejarah seperti ini yang membuatkan para jemaah menjadi lebih rindu dengan tanah suci.

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki mengerjakan umrah dan haji suatu hari nanti dengan kesihatan yang terbaik.

Salam Lebaran,
RichWorks International

image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Fatin buang sikap bossy, ikut nasihat mentor hingga raih RM1 juta pertama

Inisiatif baharu buat bangsa usahawan, agar mendapatkan inspirasi, panduan dan idea dalam bisnes.

Hi alluser,

Bertemu kita lagi di edisi keenam inSPIREd, e-magazine menghimpunkan kisah hebat usahawan daripada program pementoran Spire dalam usaha bagi meraih RM1 juta pertama.

Menampilkan pengasas Athifa Azzahrah Boutique, Fatin Raihanaz yang mesra dengan panggilan Fatin pernah berdepan saat genting bersama suami sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Kemunculan PKP yang seterusnya pada 2021 membuatkan beliau dan suami makin tertekan apatah lagi sedang menghadapi masalah ekonomi pada saat itu.

Mahu mendapatkan kembali momentum yang telah hilang, Fatin mula temui sinarnya selepas terlihat iklan Telegram Azizan Osman Official di media sosial.

Beliau mengambil keputusan menyertai SPIRE ketika PKP kerana merakan bisnes dijalankan tidak boleh pergi lebih jauh.

Selepas menyertai SPIRE, bisnes yang dijalankan berkembang laju sehingga dalam tempoh dua bulan sahaja Fatin dapat membuka butik fizikal.

Kini berjaya meraih jualan RM 1 juta, ketahui tindakan tepat yang dilakukannya dalam megecap kejayaan yang tidak pernah dibayangkan menerusi inSPIREd kali ini.

image


image

Unsubscribe

Richworks International Sdn Bhd RichQ, No.77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13 Shah Alam, Selangor 40100 Malaysia +60355191260

Popular